Pelanggan yang dihormati,

Untuk makluman tuan/puan, pendaftar domain, ResellerClub tidak lagi akan memberikan perkhidamatan Privacy Protection secara percuma dan telah mengenakan cas bagi tujuan tersebut.

Jadi, pihak kami terpaksa mengenakan cas sebanyak RM15 ringgit setahun bagi tujuan Privacy Protection bagi pendaftaran baru dan pembaharuan langganan.

Walau bagaimanapun, fungsi ini adalah pilihan (tidak wajib) dan anda boleh membuang fungsi ini sebelum pembaharuan langganan dibuat (email kepada admin@hostmalaya.com).

Namun begitu, apabila Privacy Protection tidak diaktifkan maklumat anda seperti nama, alamat dan lain-lain akan dapat dilihat oleh pihak ketiga.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke admin@hostmalaya.com / hantarkan tiket di ruangan klien.

Terima Kasih.



Sunday, September 21, 2014



« Back

Powered by WHMCompleteSolution